SPRM tahan dua pengurus IT

 

Oleh Pena Merah

SPRM tahan dua pengurus IT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat komputer kerana disyaki menerima suapan berupa tiket penerbangan dan penginapan di Bangkok, Thailand, dianggarkan bernilai sekitar RM3,000.



Kedua-dua lelaki itu ditahan antara kira-kira jam 10 hingga 11 malam tadi, dalam operasi di ibu kota.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melakukan kesalahan itu pada tahun lalu apabila menerima suapan terbabit daripada sebuah syarikat sebagai balasan tidak mengganggu perjalanan kontrak syarikat itu dengan sebuah bank.

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin@Che Mamat, mengesahkan tangkapan itu yang dibuat untuk siasatan mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek terbabit kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.



Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button