Bina Kerajaan 9 di Melaka tuduhan berat

Oleh – Syeikh Baran


Bina Kerajaan 9 di Melaka tuduhan berat
Maula yang didakwa terlibat dalam tuduhan pembelian sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka.

Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia menyifatkan tuduhan mudir membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan Kerajaan 9 sebagai satu fitnah yang sangat berat.

Pengerusinya, Hasnul Hakim Mohd Zain berkata, perancangan asal adalah untuk membina sebuah Kota Cinta yang bakal menjadi pusat pengajian Islam dalam sebuah komuniti yang mencintai Allah SWT dan rasulnya.



“Bagaimanapun, cadangan tersebut masih jauh kerana kita tidak mempunyai kekangan dari segi dana.

“Malah, semua ahli di madrasah ini juga berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang upah atau bayaran dan tidak menggunakan dana infaq seperti yang digembar-gamburkan,” jelasnya dalam sidang akhbar bertempat di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM), Sungai Buloh di sini hari ini.

Hasnul menegaskan, maula yang didakwa terlibat langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa-apa hal ehwal madrasah dan hanyalah tetamu yang dijemput untuk mengimarahkan program yang diadakan oleh pertubuhan.

Tambah Hasnul, pihaknya juga menafikan dakwaan menggunakan mawla sebagai ‘magnet duit’ untuk mendapatkan kutipan dana.



Dalam pada itu, Hasnul menjelaskan, untuk mendirikan sesebuah madrasah, pihaknya perlu menyiapkan satu kertas kerja bagi menampung usaha pendidikan pelajar dan dakwah yang berterusan.

“Sekiranya (bukti) sedia ada tentang madrasah tidak mencukupi, pihak berkaitan boleh semak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk lihat sendiri baki akaun madrasah,” ujarnya.

Hasnul berkata, disebabkan kekangan kewangan, pihak madrasah tidak mampu untuk membeli sebidang tanah, apatah lagi tanah seluas 11 hektar seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

“Pihak kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kami mengutip dana awam untuk tujuan tersebut.



“Ia hanyalah satu cetusan idea untuk bina perkampungan muslim namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button