Wanita rugi RM55,000 rumah disamun

Oleh – Syeikh Baran


Wanita rugi RM55,000 rumah disamun
Gambar Hiasan

Seorang wanita berusia 59 tahun kerugian RM55,000 dalam kejadian samun melibatkan dua suspek lelaki bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu di rumahnya di Bandar Behrang 2020, Behrang Stesen di sini pada pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, semasa kejadian, mangsa tinggal bersama tiga orang anak asuhannya yang berusia sekitar enam hingga 10 tahun.



“Mangsa ingin ke dapur rumahnya sebelum terdengar pintu pagar rumah dibuka oleh kedua-dua suspek lengkap bertopeng hitam serta bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu.

“Kedua-dua suspek kemudian menggeledah rumah mangsa sebelum mengambil beg duit yang mengandungi wang tunai RM5,000 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM50,000.

“Kemudian, kedua-dua suspek melarikan kereta dan telefon bimbit mangsa sebelum dijumpai semula di Taman Wangsa Behrang.

“Polis giat untuk mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.



Mangsa yang tidak bekerja dan tiga anak asuhannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading