Pekerja ladang cedera tertusuk besi pengutip sawit

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja ladang cedera tertusuk besi pengutip sawit
Seorang pekerja ladang terpaksa menahan kesakitan akibat cedera tertusuk besi pengutip sawit di bahagian perut dalam kejadian sebuah ladang sawit di Sandakan hari ini. – Ihsan Bomba

Seorang pekerja ladang terpaksa menahan kesakitan akibat cedera tertusuk besi pengutip sawit di bahagian perut dalam kejadian di sebuah ladang sawit hari ini.

Mangsa berusia 21 tahun yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk mendapatkan rawatan namun pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan besi berkenaan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus Nidzam Sainkui berkata, berkata, pihaknya menerima panggilan dari Bahagian Kecemasan hospital pada pukul 10.35 pagi.

“Mangsa lelaki tertusuk besi alat pengutip sawit (Loading Spike T-Handle) di bahagian perut ketika menjalankan aktiviti mengutip sawit. Pasukan bomba bertindak memotong besi dengan menggunakan mesin grinder,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Severinus Nidzam berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button