Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong

 

Penulis merasa terkejut bila membaca berita presiden Majlis Peguam, Karen Cheah, berani mempertikaikan kuasa pengampunan YDP Agong.

Dalam lapuran yang disiarkan Malaysiakini, Karen mempersoalkan sama ada kuasa raja untuk memberikan pengampunan diterjemahkan kepada budi bicara mutlak.



Beliau berkata bahawa Perkara 40 Perlembagaan Persekutua hanya memperuntukkan 4 contoh di mana baginda boleh menggunakan budi bicara:

  • Melantik perdana menteri
  • Tidak bersetuju dengan permintaan untuk pembubaran parlimen
  • Permintaan mesyuarat Majlis Raja-Raja
  • Dan mana-mana kes lain yang disebut dalam perlembagaan

Karen juga berhujah Perkara 40(2) tidak menyebut tentang pengampunan yang termasuk di bawah mana-mana kategori di atas.

Mungkin betul saranan ketua barisan peguambela DS Najib, Shafee Abdullah, Karen patut belajar undang-undang balik.

Malah pada pemerhatian penulis, keperluan Karen untuk belajar undang-undang balik adalah pada tahap kritikal.



Sama ada Karen kini menghadapi penyakit Alzheimer atau beliau kini sememangnya sudah nyanyuk.

Kuasa pengampunan YDP Agong dan juga raja tercatat dengan jelas dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan:

  • YDP Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera
  • Dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Kenapa ketika membincangkan kuasa YDP Agong, Karen hanya mengambil sebahagian dari perlembagaan?



Manakala sebahagian lagi tidak beliau abaikan.

Ini adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Lebih dari itu, kenyataan yang dibuat oleh Karen sebenarnya telah menghina kuasa YDP Agong sebagaimana yang ada dalam perlembagaan.

Sekiranya kenyataan tersebut dibuat oleh orang awam yang bukan pengamal undang-undang, kita boleh menganggapnya sebagai kekhilafan kerana tidak mahir dalam perlembagaan.



Tetapi apabila ianya dikeluarkan oleh presiden Majlis Peguam, maka ianya adalah satu kesalahan yang serius.

Sekiranya Karen tidak menghormati perlembagaan, maka beliau tidak layak menjadi pengamal undang-undang, apa lagi menjadi presiden Majlis Peguam!!!

 

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading