Trak pikap terbabas selepas pemandu terlelap

Oleh – Syeikh Baran


Trak pikap terbabas selepas pemandu terlelap
SEBUAH trak pikap terbabas ke dalam sebuah kawasan berair dekat daerah Mueang Chonburi, kelmarin. – Foto TMN Cable TV Pattaya

Seorang lelaki nyaris cedera parah selepas trak pikap dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam sebuah kawasan berair di tepi jalan, lapor portal berita The Pattaya Daily News hari ini.

Kemalangan itu berlaku kelmarin  di sebatang jalan dekat daerah Mueang Chonburi selepas pemandunya terlelap ketika memandu.



Polis dan pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat sebuah trak pikap berwarna putih tenggelam di kawasan berair.

Bagaimanapun, pemandunya yang dikenali sebagai Thaweesap Kulbutr, 51, berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum polis tiba di lokasi kejadian. 

Dia  tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Polis masih melakukan siasatan tetapi percaya mengantuk menjadi punca nahas itu berlaku. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading