Wanita lahirkan anak dalam bank di Subang

Oleh – Syeikh Baran


Wanita lahirkan anak dalam bank di Subang
Seorang bidan dipanggil bagi membantu wanita berkenaan. – BRI

Seorang wanita di Subang, wilayah Jawa Barat selamat melahirkan seorang bayi ketika berurusan di kaunter cawangan sebuah bank tempatan, lapor laman berita Detik semalam.

Penyelia Operasi Sokongan BRI cawangan Subang, Fajar Eka Setiawan berkata, dalam kejadian kelmarin, wanita tersebut pergi ke bank berkenaan untuk mengaktifkan semula kad bank yang bermasalah.



“Ketika menunggu giliran, dia tiba-tiba mengadu kesakitan dan terus melahirkan anak. Semua pelanggan dan kakitangan bank ketika itu  cemas,” katanya.

Tambah Fajar Eka, pihak bank menutup operasi premis tersebut buat sementara waktu bagi membantu wanita berkenaan bersalin.

Pihak bank turut memanggil bidan terdekat untuk membantu pelanggan tersebut.

Sementara itu, menurut wanita berkenaan, Ririn Anggraeni, 25, dia tidak menyangka akan melahirkan anak ketika berurusan di bank kerana bayinya dijangka lahir pada 22 Mac ini.



Ririn kemudian dibawa ke hospital  bagi membuat pemeriksaan lanjut, manakala pihak bank melakukan kerja pembersihan cawangan berkenaan selepas insiden itu selesai. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading