Wanita mati dalam kereta tertidur selepas jaga bapa di hospital

Oleh – Syeikh Baran


Wanita mati dalam kereta tertidur selepas jaga bapa di hospital
ANGGOTA bomba membantu membuka pintu kereta yang berkunci dari dalam di kawasan tempat letak kenderaan HRPB Ipoh semalam. – Foto IHSAN JBPM

Wanita yang ditemui mati dalam kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam dipercayai masuk ke dalam kenderaan tersebut untuk berehat setelah penat menjaga bapanya di wad hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, wanita tersebut dipercayai memasuki kereta berkenaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan HRPB untuk berehat namun tidak membuka cermin.

“Siasatan awal mendapati satu perempuan India ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang kereta. Dengan bantuan dari pihak bomba dan penyelamat, pintu telah berjaya dibuka dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati si mati menjaga bapa yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu bedah siasat.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan kerana sekiranya enjin kenderaan dimatikan, sistem pengudaraan tidak berfungsi atau ketiadaan oksigen boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker