Menantu Muhyiddin belum pulang, dikhuatiri bertukar jadi ‘Beruang’

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Menantu Muhyiddin belum pulang, dikhuatiri bertukar jadi 'Beruang'
Muhammad Adlan Berhan (Foto Arkib)

Menantu Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dikhuatiri telah bertukar menjadi ‘beruang’ kerana belum pulang ke Malaysia.

Kehilangan menantu Muhyiddin boleh disamakan seperti kehilangan Jho Low dari Malaysia sehingga didakwa telah bertukar menjadi ‘Beruang’.



Setakat ini, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi komen berkaitan menantu atau peguam menantunya. 

Namun demikian, ada spekulasi berlegar dikalangan pemerhati politik semasa ‘percutian’ Muhyiddin di London tahun lepas. 

Beliau dikatakan bertemu seseorang di sebuah hotel mewah dan secara tertutup tetapi siapa yang ditemuinya tidak dikenal pasti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mendedahkan pelbagai alasan yang tidak dapat diterima akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho Low.
 
Ini termasuklah mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai beruang dan berjalan seperti seladang. – Laporan 4/11/2019
 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, Adlan perlu pulang untuk di dakwa di Mahkamah atas tuduhan pecah amanah.



Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu, Adlan dan peguamnya Mansoor Saat sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lepas.

Menantu Muhyiddin belum pulang, dikhuatiri bertukar jadi 'Beruang'

Sehingga hari ini, lokasi persembunyian mereka tidak diketahui dan sebagai rekod pihak Interpol telah menyenaraikan nama mereka dalam Notis Merah.

Untuk rekod, Adlan telah dipanggil SPRM untuk siasatan membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button