Sistem PADU selamat dan tidak pernah digodam.

 

Oleh Pena Merah

Sistem PADU selamat dan tidak pernah digodam.
Fahmi melihat perkhidmatan proses pendaftaransistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Kerajaan sekali lagi memberi jaminan berhubung keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berada pada tahap selamat dan tidak pernah digodam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata hasil perbincangan bersama beberapa pihak, termasuk Cybersecurity Malaysia mendapati pangkalan data yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu tidak mempunyai masalah kebocoran maklumat.



Sebaliknya beliau berkata, sistem yang dilaporkan digodam sebelum ini, membabitkan Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ada beberapa pihak cuba memainkan seolah-olah sistem PADU sudah dibolosi (digodam). Itu tidak benar dan ini disahkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Kerajaan jamin keselamatan data.

“Insya-Allah data berkenaan selamat, pihak Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA), Cybersecurity, Jabatan Perlindungan Data Peribadi sebahagian daripada pasukan yang memastikan aspek keselamatan data dan keselamatan siber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Negara di sini, hari ini.



Sebelum ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, mengesahkan dakwaan PADU digodam adalah palsu.

Sementara itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menggalakkan orang ramai mendaftar dalam sistem berkenaan, selain menyeru untuk tidak melepaskan peluang menghadiri Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hingga Ahad ini.

“Saya lihat program ini cukup baik untuk semua, termasuklah jika ada sesiapa yang hadapi apa-apa kesukaran ingin mendaftar PADU, Jabatan Perangkaan akan membuka kaunter,” katanya. – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading