Dapat kasut, hilang sakit berkhatan

Oleh – Syeikh Baran


Dapat kasut, hilang sakit berkhatan
MUHAMMAD AIMAN HARIZ dibantu bapanya, Mahabizan mencuba kasut sekolah sumbangan Fisabilillah di Kuala Terengganu semalam.

Seorang kanak-kanak yang baru empat hari berkhatan teruja apabila diberi peluang memilih sendiri kasut sekolah sumbangan Pertubuhan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu (Fisabilillah).

Muhammad Aiman Hariz Mahabizan, 10, berkata, sakit berkhatan seolah-olah hilang sebaik tiba di kedai untuk memilih kasut sekolah baharu yang akan dipakai pada hari pertama penggal persekolahan bermula 11 Mac depan.

Murid Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang itu berkata, dia tidak mengambil masa untuk menyatakan ke­sanggupan menyertai program itu bagi memilih sendiri kasut, stoking dan beg sekolah.



“Saya datang bersama ibu (Nor Hadibah Mohd Arsad, 40) dan bapa (Mahabizan Razal, 43) serta tiga adik. Ayah meminta saya duduk sahaja bagi mengelakkan bentan. Dia kemudiannya membawa pilihan kasut sekolah untuk dipilih,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Mahabizan yang bekerja sebagai buruh binaan bersyukur sumbangan Fisabilillah itu sedikit sebanyak meringankan beban kewangan apabila tiga anak termasuk Muhammad Aiman Hariz masing-masing menerima kasut, sto­king dan beg sekolah bernilai RM120 setiap orang.

“Alhamdulillah, barangan sekolah sekarang makin mahal lagi pun kena berjimat cermat untuk persiapan Aidilfitri pada April pula,” katanya.

Seorang lagi penerima, Zalina Ali, 47, juga bersyukur anak bongsunya, Nur Ain Syakira Zaki, 17, turut terpilih sebagai penerima program Fisabilillah.



Wakil Fisabilillah, Muhammad Syariezal Ab. Rashid berkata, program terbabit melibatkan 110 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, asnaf dan anak yatim dari ­Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker