Jutawan cari makanan di tempat pembuangan sampah

Oleh – Syeikh Baran


Jutawan cari makanan di tempat pembuangan sampah
GAMBAR menunjukkan tong-tong sampah pelbagai warna di Berlin. – Foto AFP

Seorang lelaki Jerman yang berusia 80 tahun digelar sebagai jutawan paling jimat di dunia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Ini kerana dia hidup dengan makanan dan barangan yang ditemui di tempat pembuangan sampah walaupun memiliki beberapa hartanah bernilai jutaan euro.



Heinz B, mungkin hanya mempunyai €15 euro (RM77.67) dalam akaun banknya pada masa ini.

Namun, baki sedikit itu adalah kerana dia baharu sahaja mengeluarkan €700,000 (RM3.6 juta) untuk membeli rumah baharunya yang kesepuluh.

Baki €100,000 lagi (RM517,803) telah dipindahkan ke deposit jangka tetap untuk menjana faedah.

Heinz B  mungkin tidak kelihatan seperti orang kaya tetapi warga emas itu tahu bagaimana untuk meningkatkan kekayaannya dan telah berjimat sepanjang hidupnya.



Ia menyebabkan dia tidak terlalu memerlukan wang untuk hidup. 

Katanya, dia berasa lebih gembira hidup dengan mencari makanan di tempat pembuangan sampah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button