Bernas bantu usaha kerajaan tawar harga beras import rendah

Oleh – Syeikh Baran


Bernas bantu usaha kerajaan tawar harga beras import rendah
Bernas

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan meneliti keadaan harga pasaran beras antarabangsa, kos operasi dan kadar pertukaran mata wang asing dalam membantu usaha kerajaan untuk menawarkan harga beras putih import (BPI) yang lebih rendah.

Bernas dalam satu kenyataan berkata, walaupun trend harga BPI masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas, Bernas telah membawa masuk dan mengedarkan BPI sebanyak 1.03 juta tan metrik pada tahun 2023.



Katanya, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 46 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pada masa sama, Bernas terus komited melaksanakan obligasi sosial dalam mengurus stok penimbal negara dan sebagai ‘Buyer of Last Resort’ atau pembeli padi yang terakhir.

“Bernas menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya inisiatif Beras Putih Malaysia Madani (BPMM) diteliti dan diperhalusi melalui sesi penglibatan yang lebih terperinci oleh semua pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, Bernas turut memuji usaha Kerajaan MADANI yang mendengar dan mengambil kira semua pandangan daripada wakil kerajaan, pemain industri, ahli akademik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada sesi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2024 pada Jumaat.



“Bernas mengulangi pendirian dalam memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi dan pihak berkuasa berkaitan dalam mencari mekanisme dan langkah intervensi terbaik bagi memastikan ketersediaan bekalan beras stabil dan mencukupi untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading