Setahun kahwin, Nad Zainal, Ungku Ismail bersanding dengan anak

Oleh – Syeikh Baran


Setahun kahwin, Nad Zainal, Ungku Ismail bersanding dengan anak
NAD dan Ungku Ismail bersanding selepas setahun bernikah.

Selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail akhirnya diraikan dalam sebuah majlis persandingan.

Dalam majlis resepsi penuh kemeriahan bertemakan Melayu klasik itu, Nad dan Ungku kelihatan anggun dan segak mengenakan persalinan busana pengantin songket berona emas ketika berarak menuju ke pelaminan. Difahamkan, majlis tersebut diadakan di sebuah kawasan yang terletak di Rawang, Selangor, malam tadi.

Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 33, dalam InstaStory miliknya, pelakon drama Cina Buta itu kelihatan berseri-seri sambil mengukir senyuman ketika berarak sambil berpimpin tangan bersama suami tercinta.

Menerusi salah satu hantaran, Nad memberitahu perancangan untuk mengadakan majlis resepsinya pada malam tadi, telah pun diatur sejak Julai tahun lalu.

“Rancang dari 23 Julai 2023. Akhirnya jadi (terlaksana) pada 24 Februari 2024,” kongsi Nad.

Turut kelihatan berada di atas pelamin ketika pasangan itu bersanding, adalah dua orang cahaya mata Nad, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 tahun, hasil perkahwinannya pertama bersama bekas suami, Faliq Amiruddin.

Majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi, Amylea Azizan.

Nad dan Ungku sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga l di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 23 Januari tahun lalu. Nad bagaimanapun mengumumkan perkara itu selepas seminggu berkahwin pada 29 Januari 2023.

Pelakon itu berkahwin buat kali pertama dengan Faliq pada 18 September 2015 dan berpisah pada 3 September 2023 selepas tujuh tahun hidup bersama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker