Amat bahaya kepada UMNO untuk bersama “Ular” yang pernah mematuknya

 

Oleh Adam Malik

UMNO tidak mahu di patuk oleh ular yang sama, begitulah lebih kurang kenyataan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini.

UMNO jangan kena patuk lagi,  Tidak perlu layan Hasrat Kerjasama dan Muafakat PAS.

Keinginan PAS dinyatakan melalui beberapa pemimpin terutamanya Naib Presiden PAS sendiri Tuan Ibrahim Tuan Man.



Namun , kejasama yang dimahukan oleh PAS tidak perlu diambil berat atau difikirkan oleh pihak UMNO buat masa ini atas sebab Kerjasama yang ditawarkan bukan perkara baru tetapi saranan ulangan yang pernah ditawarkan.

UMNO sudah pun bersama dalam MF.

Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga beberapa hari yang lalu telah membuat kenyataan saranan PAS tidak Ikhlas.

UMNO tidak akan umpan PAS



Kenyataan Ahmad Zahid juga ternyata diluahkan dari pengalaman lalu Ketika bersama PAS dalam MN

PAS tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

Ketika bersama UMNO didalam Muafakat Naional dulu, PAS telah khianati UMNO dengan membuat skim sulit bersama Parti Bersatu untuk menjahanamkan UMNO.

Bersama sama PPBM , PAS bersekongkol dengan beberapa pemimpin UMNO dari kalangan pengkhianat yang digelar Kluster Broker untuk menukar kepimpinan UMNO kepada yang mesra Perikatan Nasional dan Tun Mahathir.supaya pemimpin PPBM , Muhyiddin Yasin boleh menjadi Perdana Menteri dan PAS menerima habuan.

Tambah lagi. PAS tidak ada hala tuju sendiri melainkan tindakan PAS semata mata ikut “Tuan” pendana nya ia itu Tun Mahathir.

Pasti Ahmad Zahid tahu saranan baru untuk Kerjasama adalah dengan perencanaan PAS yang dibelakangnya ada Tun Mahathir.

Diwaktu ini Tun Mahathir dan Tun Daim berada didalam keadaan amat tersepit dan tertekan kerana kesukaran membuktikan dan isytihar harta milik keluarga mereka dipeolehi dengan cara sah hatta masih tidak dapat diisytiharkan kepada SPRM.

Maka, mungkin dengan memecahbelahkan komposisi Kerajaan MADANI Dimana UMNO ada besama maka kepimpinan PN dan kedua Tun dapat menjatuhkan Kerajaan lalu dapat menutup kes mereka.

Maka, saranan PAS sangat sangat diragui dan tidak pelu dilayan.

PAS mengaku sebagai Parti Islam, tetapi tindakan mereka selalunya atas sebab politik dan bukan atas sebab Agama ISLAM.

Mereka dikenali sebagai penunggang agama.

Maka dengan kenyataan terbaru Ahmad Zahid, dharap PAS tidak lagi mengumpan UMNO dengan saranan bodoh dan penuh muslihat lagi.

PAS dalam kedudukan sama dengan Tun Mahathir, ia itu mengalami defisit kepercayaan.

PAS hidang Islam kepada rakyat tetapi sebenarnya bertuankan Tun Mahathir yang langsung tiada sebutir agenda Islam.

Sangat elok pendirian UMNO hari ini dan jika ada apa rancangan , elok dibincangkan sebelum PRU16.

Buat masa ini, elok jauhi PAS, biarkan bulan bicara sendiri, bahaya bersama ular yang Pernah patut UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker