Pemuda maut ditetak dengan parang, sabit

Oleh – Syeikh Baran


Pemuda maut ditetak dengan parang, sabit
Gambar Hiasan

Seorang pemuda maut akibat ditetak dengan parang dan sabit oleh dua individu dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian dalam keadaan berlumuran darah.



Mangsa mengalami kecederaan luka parah akibat serangan menggunakan senjata tajam itu pada tangan, dada, belakang badan dan bahagian muka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md. Noor memberitahu, mangsa dikatakan dikejar dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit dari luar sehingga ke dalam kedai kopi berkenaan.

“Mangsa kemudian ditetak dengan senjata tajam sehingga rebah sebelum disahkan meninggal dunia di situ. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek-suspek terlibat sedang giat dijalankan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading