11 pelajar universiti maut bas, trak bertembung

Oleh – Syeikh Baran


11 pelajar universiti maut bas, trak bertembung
Seramai 11 pelajar Universiti Kenyatta maut selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak di Maungu, kira-kira 360 kilometer dari ibu negara Kenya, Nairobi, semalam. – Foto ihsan The Standard

Sebelas pelajar maut manakala 42 lagi cedera selepas bas dari sebuah universiti terkemuka Kenya bertembung dengan sebuah trak di satu lebuh raya yang sibuk selepas terbabas dalam hujan lebat.

Kemalangan itu berlaku pada 5.50 petang (waktu tempatan) semalam di Maungu, kira-kira 360 kilometer dari ibu negara, Nairobi, membabitkan pelajar dari Universiti Kenyatta yang mahu ke bandar Mombasa.



Polis berkata 10 disahkan maut di tempat kejadian akibat impak kemalangan manakala seorang lagi meninggal duniadi hospital.

“Pemandu bas universiti itu memotong sekumpulan kenderaan ketika hujan lebat, namun bas itu terbabas ke sebelah kanan jalan.

“Ia menyebabkan pemandu trak cuba mengelak dari bertembung, tapi terlanggar sebelah kiri bas universiti itu,” katanya.

Bas itu didakwa membawa seramai 58 orang.



Palang Merah Kenya di laman sosial X berkata, mereka yang cedera dibawa ke hospital di bandar Voi, tidak jauh dari situ.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara Afrika timur, di mana keadaan jalan raya selalunya buruk dan peraturan lalu lintas sering dilanggar atau diabaikan.

Menurut data Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Kebangsaan Kenya, seramai4,324 terbunuh manakala 18,561 lagi cedera pada tahun lalu akibat kemalangan jalan raya, namun ia dilihat turun 7.8 peratus daripada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, pada permulaan tahun 2024 seramai 536 terbunuh antara 1 Januari hingga 11 Februari, peningkatan lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



Kemalangan paling berprofil tinggi membabitkan kematian pemegang rekod maraton dunia berusia 24 tahun, Kelvin Kiptum, pada 11 Februari lalu.- AFP

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading