Peniaga belut maut, gerai dirempuh kereta

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga belut maut, gerai dirempuh kereta
Rohaya memangku anak bongsunya sambil menunjukkan gambar arwah suami ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas.

Seorang peniaga belut maut selepas gerai miliknya dirempuh oleh sebuah kenderaan yang dipercayai cuba memotong dalam kejadian di Kampung Padang Licin, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang pada Isnin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa, Mohd Arif Said, 44, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.



Isterinya, Rohaya Abdullah, 45, berkata, sebelum kejadian arwah suami ada menunjukkan perubahan sikap namun tidak menyedarinya.

“Suami seorang periang dan suka bercerita kepada saya dan anak-anak. Namun, sejak kebelakangan ini, dia banyak mendiamkan diri.

“Jika sebelum ini dia lah yang paling beria bila melibatkan kepentingan anak-anak,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas, di sini.

Rohaya yang mempunyai tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun itu, mengakui masih terkejut dengan kejadian tersebut.



Ujarnya, suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut selepas selesai urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button