Akhirnya Parti Gerakan Di Sucikan Oleh Mursyidul Am PAS

Akhirnya Parti Gerakan Di Sucikan Oleh Mursyidul Am PAS

Akhirnya Parti Gerakan Di Sucikan Oleh Mursyidul Am PAS

Memang benarlah seperti apa yang didakwa ke atas PAS selama ini.

Sekiranya bersama PAS, maka ianya akan diberikan gambaran yang sangat suci dan murni.

Tetapi sekiranya tidak bersama PAS, maka pelbagai tohmahan dan label akan diberikan.



Menentang Islamlah, parti assobiyahlah, parti liberallah, parti pendukung perlembagaan penjajahlah dan pelbagai lagi.

Dalam artikata lain, kalau mahu Islam, maka mesti terima dan bersama-sama PAS terlebih dahulu.

Kalau mahu masuk syurga tanpa hisab, maka terlebih dahulu mesti walak kepada pemimpin PAS.

Kalau tidak, maka pemimpin PAS akan menghumban mereka ke dalam api neraka.



Seolah-olah Islam, syurga dan neraka adalah milik mereka.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, telah menyucikan parti Gerakan kerana parti tersebut sanggup menjadi keldai tunggangan PAS.

Hashim berkata, PAS menerima Gerakan kerana parti tersebut tidak pernah ganggu perjuangan dan dasar-dasar PAS.

Benarkah begitu?



Kita semak kembali fakta dan sejarah yang terbentang di hadapan mata:

Gerakan Cabar Kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Di Mahkamah Persekutuan

Baru-baru ini ramai yang membahaskan isu Nik Elin mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Keadaan menjadi semakin panas bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan membatalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Tetapi ramai yang sudah lupa, sebenarnya sebelum Nik Elin, parti Gerakan terlebih dahulu telah memfailkan pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di mahkamah.



Satu soalan untuk Hashim Jasin, apakah tindakan yang dilakukan oleh parti Gerakan itu tidak mengganggu perjuangan dan dasar PAS?

Gerakan Bantah Pengharaman Arak Dan Judi

 

Mungkin Hashim juga lupa, ketika kerajaan PAS Kedah, memutuskan untuk tidak meluluskan lesen premis perjudian di Kedah, Gerakan adalah parti yang paling vokal menentang.

Presiden Gerakan, Dominic Lau, dengan segera membuat kenyataan akan berjumpa dengan menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor, untuk menyatakan bantahan.



Penulis tertanya-tanya juga, apakah sikap penentangan yang ditunjukkan oleh Gerakan itu bermaksud tidak mengganggu perjuangan dan dasar PAS?

Cukup-cukuplah memutarbelitkan fakta dan sejarah.

Internet tidak pernah menipu.

Cuma apakah pemimpin PAS tidak pernah penatkah menjadi munafik dan ahli PAS tidak pernah penatkah kena tipu?



 

Akhirnya Parti Gerakan Di Sucikan Oleh Mursyidul Am PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button