Kedai Tebuk Atap Sudah Boleh Di Tutup

Kedai Tebuk Atap Sudah Boleh Di Tutup

Kedai Tebuk Atap Sudah Boleh Di Tutup

 

Semalam, SPB YDP Agong ke XVII, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar bersama SPB Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli untuk merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15.

Ini adalah kali pertama baginda menjejakkan kaki di parlimen sejak ditabalkan sebagai YDP Agong.



Baginda Sultan Ibrahim sememangnya terkenal dengan ketegasan baginda namun dalam masa yang sama baginda adalah raja yang berjiwa rakyat.

 

Ketegasan baginda dizahirkan dalam pembukaan titah baginda kepada 222 orang ahli parlimen yang hadir dalam majlis tersebut.

Secara sinis baginda mengingatkan kepada semua ahli parlimen, untuk titah kali pertama, baginda masih lagi berdiplomasi.



Tetapi baginda mengingatkan supaya kesemua ahli parlimen lebih berhati-hati kerana baginda tidak akan selamanya berdiplomasi.

 

Baginda juga mengingatkan kepada semua ahli parlimen bahawa tanggungjawab memajukan negara tidak hanya terletak di bahu kerajaan.

Tetapi ianya juga adalah tanggungjawab kesemua ahli parlimen sama ada dari kerajaan atau pun pembangkang.



Kerana setiap ahli parlimen mesti memikul tanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya.

 

Sebagaimana yang pernah baginda lafazkan sebelum baginda ditabalkan sebagai YDP Agong, keutamaan baginda adalah kepada lebih 33 juta rakyat Malaysia.

Dan bukan hanya terhad kepada 222 orang ahli parlimen.



Dalam titah baginda semalam, sekali lagi baginda tegaskan perkara yang sama.

Justru itu, baginda mengingatkan kesemua ahli parlimen, baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Dengan ketegasan SPB YDP Agong, Sultan Ibrahim, Perikatan Nasional sudah boleh menamatkan impian untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap.

 



Kedai Tebuk Atap Sudah Boleh Di Tutup

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading