Tenang Abah, Dah Kena Panggil Nanti Baru Boleh Menggelabah

Tenang Abah, Dah Kena Panggil Nanti Baru Boleh Menggelabah

Tenang Abah, Dah Kena Panggil Nanti Baru Boleh Menggelabah

 

Dalam satu hantaran di akaun rasmi Facebook beliau, Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam kotrak SPANCO.

Seperti biasa, Muhyiddin menganggap dakwaan yang dibuat bahawa beliau terlibat dalam pemberian kontrak SPANCO adalah fitnah jahat.



Dan ianya berniat untuk memburukkan nama baik beliau.

Muhyiddin juga menyamakan dakwaan tersebut sama dengan dakwaan beliau menyelewengkan dana beratus bilion semasa menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga memberikan contoh bagaimana beliau telah dibebaskan dari tuduhan rasuah oleh mahkamah sebelum ini.

Menurut Muhyiddin ianya adalah bukti bahawa selama ini beliau adalah seorang yang bersih dan tidak terlibat dalam apa juga jenayah rasuah.



Benar, Muhyiddin telah dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah dalam 3 tuduhan rasuah.

Tetapi adakah ianya boleh dijadikan bukti atau dalil bahawa sememangnya Muhyiddin adalah seorang yang bersih dari rasuah?

Apa yang Muhyiddin tidak jelaskan adalah beliau dibebas dan dilepaskan dari tuduhan rasuah kerana kesilapan teknikal pihak pendakwaan.

Ianya jauh berbeza sekiranya selepas dibicarakan dan mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.



Fail belum ditutup sepenuhnya kerana pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan kini masih di peringkat perbicaraan.

Serta jangan lupa, Muhyiddin masih lagi ada kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang sedang menunggu tarikh perbicaraan.

Paling menarik, Muhyiddin juga mendakwa dakwaan tersebut bertujuan memburukkan nama baik beliau.

Penulis tidak pasti, sejak bila pula Muhyiddin ada nama baik.



Hujahnya, ketika menjadi perdana menteri beliau bukan sahaja dikecam rakyat, tetapi juga dijatuhkan oleh ahli parlimen yang meyokong beliau.

Lagi pun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata Muhyiddin akan dipanggil sekiranya pegawai penyiasat rasakan perlu.

Tak ada siapa yang tuduh Muhyiddin terlibat dalam pemberian kontrak SPANCO.

Jadi, relakslah Abah, kalau dah kena panggil nanti barulah boleh menggelabah…😜😜😜



Tenang Abah, Dah Kena Panggil Nanti Baru Boleh Menggelabah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button