UMNO Bakal Kehilangan Melaka Dan Johor, Pemimpin UMNO Masih Tidur

UMNO Bakal Kehilangan Melaka Dan Johor, Pemimpin UMNO Masih Tidur

UMNO Bakal Kehilangan Melaka Dan Johor, Pemimpin UMNO Masih Tidur

 

UMNO kini hanya mempunyai 3 orang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri.

3 orang Menteri Besar yang mengetuai kerajaan negeri adalah Johor, Perak dan Pahang.



Manakala seorang Ketua Menteri yang mengetuai kerajaan negeri adalah Melaka.

Dari 4 buah negeri yang diketuai oleh UMNO di peringkat kerajaan negeri, hanya Johor yang dikuasai oleh UMNO.

Manakala Perak dan Pahang pula, Menteri Besar yang mengetuai kerajaan negeri hanyalah atas dasar ehsan dari Pakatan Harapan.

Dan seorang Ketua Menteri yang mengetuai kerajaan negeri, Melaka, dikuasai UMNO.



Melaka dan Johor akan mengadakan pilihanraya umum negeri lebih awal dari PRU 16.

Melaka akan mengadakan pilihanraya umum negeri Melaka selewat-lewatnya pada November 2026.

Manakala Johor pula akan mengadakan pilihanraya umum negeri Johor selewat-lewatnya pada bulan Mac 2027.

Pemimpin UMNO Mesti Segera Berhenti Bermimpi

 



Di Melaka, UMNO/BN menguasai 3/4 dari kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka dan di Johor pula UMNO/BN menguasai 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

Di atas kertas, kedudukan UMNO di Melaka dan Johor adalah kukuh, tetapi adakah itu juga realiti yang ada di lapangan?

Tetapi sekiranya UMNO/BN menjadikan keputusan pilihanraya umum negeri Melaka dan Johor sebagai indikator untuk pilihanraya umum negeri yang akan datang, UMNO/BN akan kecewa.

Dalam PRU 15, UMNO/BN kalah di kesemua 6 kerusi parlimen di Melaka dan hanya mampu memenangi 9 dari 26 kerusi parlimen di Johor.



Jadi, di manakah kekuatan UMNO/BN di Melaka dan Johor?

Baru-baru ini, dilapurkan berlaku pergolakan dalam UMNO Johor.

Ada Ketua Bahagian UMNO melahirkan rasa tidak puas hati kerana EXCO Johor yang tiada jawatan dalam parti dikatakan membelakangi mereka.

Ahli MKT UMNO, Nur Jazlan Mohamed, menasihati EXCO yang tiada jawatan dalam parti supaya menghormati Ketua Bahagian.



Sejauh mana yang dinasihati mengikut nasihat yang diberikan, tidak dapat dipastikan.

Apakah Selepas Kehilangan Melaka Dan Johor Baru Pemimpin UMNO Mahu Bangkit?

 

Dalam masa yang sama, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, melahirkan keyakinan PAS akan dapat menguasai Melaka dalam PRU Negeri Melaka yang akan datang.

Kenyataan Hashim tidak boleh dipandang remeh oleh kepimpinan UMNO Melaka.



Isu kerjasama dengan DAP, isu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Enakmen Syariah Kelantan pasti akan dijadikan kempen dalam PRU Negeri Melaka yang akan datang.

Di era Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Melaka, beliau telah melantik Zulkifli Ismail (MP Jasin) dari PAS sebagai AJK Majlis Fatwa Melaka.

Perlantikan itu masih dikekalkan oleh Ketua Menteri Melaka sekarang, Rauf Yusoh.

Zulkifli tidak mempunyai kelayakan akademik yang sepatutnya untuk menduduki kerusi AJK Majlis Fatwa Melaka.

Jadi, apa rasional perlantikan dan dikekalkan hingga sekarang masih menjadi tanda soal.

Apa yang pasti, jawatan yang disandang Zulkifli boleh beliau jadikan lesen untuk mempengaruhi penceramah JAKIM di Melaka.

PAS memang terkenal dengan strategi menjual agama dengan menafsirkan ayat Al Quran dan hadis mengikut kepentingan mereka.

Perlantikan Zulkifli akan menjadi pemudah cara kepada PAS untuk menyebarkan hasutan kepada rakyat Melaka.

Sekiranya UMNO Melaka melihat kenyataan Hashim sebagai kenyataan tidak berasas, kerajaan negeri pasti akan bertukar selepas PRU Negeri Melaka.

UMNO Bakal Kehilangan Melaka Dan Johor, Pemimpin UMNO Masih Tidur

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading