SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

SPANCO SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

SPRM sudah merakam keterangan bekas menteri kewangan melibatkan siasatan perjanjian kerajaan dengan SPANCO Sdn Bhd, berhubung kontrak ditandatangani antara 2020 dan 2021.

Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki, berkata pihaknya masih meneruskan siasatan dan tidak menolak kemungkinan memanggil bekas perdana menteri.

Siasatan kes SPANCO kini menjurus kepada kontrak pemerolehan antara 2020 hingga 2021.



“Siasatan sedang berjalan dan akaun terlibat masih dibekukan”.

“Kami belum mengambil keterangan daripada bekas perdana menteri”.

“Tetapi kami sudah merakam keterangan bekas menteri kewangan”.

“Kes SPANCO berkait dengan kontrak ditandatangani antara 2020 dan 2021”.



“Justeru, saya serah kepada pegawai penyiasat”.

“Jika mereka memikirkan bekas perdana menteri tidak terlibat, jadi tidak perlu dipanggil”.

“Buat masa ini, ia adalah tanggungjawab saya di mana apa saja yang diberi (aduan) kepada kami akan disiasat,” jelas Azam Baki.

Bulan lalu, Azam berkata SPRM melakukan siasatan terhadap kontrak RM4.5 bilion bagi perolehan dan pengurusan fleet kenderaan kerajaan.



SPRM mahu meneliti mengapa syarikat berkenaan diberikan kontrak itu.

Beberapa tokoh termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan juga akan dipanggil untuk menjelaskan isu itu kepada SPRM.

SPANCO dilapor memegang konsesi untuk membekal dan menguruskan fleet kenderaan kerajaan sejak 1993.

Namun kontrak mereka sepatutnya tamat pada 2019.



Tender terbuka dilaksanakan pada tahun itu dengan usahasama antara Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd dilapor berjaya memperoleh surat niat bagi kontrak tersebut.

Namun, Berjaya menyaman Putrajaya dan SPANCO tahun lalu, atas dakwaan konsesi dibatalkan dan diserahkan kepada SPANCO, pada 2020.

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading