Terdedah Keretakan Hubungan Antara Hadi Dan Muhyiddin

Terdedah Keretakan Hubungan Antara Hadi Dan Muhyiddin

Terdedah Keretakan Hubungan Antara Hadi Dan Muhyiddin

Walau pun cuba dirahsiakan, tetapi sudah menjadi rahsia umumdi kalangan pemimpin kanan PAS dan PPBM mengenai keretakan hubungan antara Hadi dan Muhyiddin semakin meruncing.

Hubungan antara kedua-dua pemimpin utama 2 komponen parti terpenting dalam Perikatan Nasional kini ibarat bisul yang menunggu masa untuk memuntahkan nanahnya.

Pertemuan empat mata antara mereka pada minggu lepas juga dikatakan gagal menyelesaikan masalah berbangkit.

Malah ianya dikatakan menjadikan keadaan hubungan antara mereka semakin keruh.

Sumber dalaman PPBM mendakwa pertemuan empat mata di kediaman Muhyiddin pada 14 Feb lalu disusuli mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada keesokannya hanya sekadar optik.

“Hakikat masalah belum selesai walau ada pemimpin PPBM yang beria-ia dengan pertemuan dua tokoh PN berkenaan”.

“Namun ia tidak terlalu menyerlah di mata masyarakat”.

“Sehingga boleh menjejaskan sokongan terhadap PN setakat ini,” jelas beliau.

Sebenarnya keretakan hubungan antara Hadi dan Muhyiddin sudah bermula sejak pertemuan beberapa pemimpin PAS dengan Dr Mahathir tanpa pengetahuan Muhyiddin.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila PAS melantik Dr Mahathir sebagai penasihat kepada SG4, negeri yang ditadbir PAS.

Untuk meredakan keadaan, Muhyiddin dikatakan bersetuju apabila PAS mengumumkan Dr Samsuri sebagai bakal perdana menteri sekiranya PN menjadi kerajaan.

Keadaan menjadi reda seketika apabila Muhyiddin mengumumkan akan berundur dalam ucapan presiden di Perhimpunan Tahunan PPBM.

Ketika itu PAS melihat ianya sebagai satu keikhlasan dari Muhyiddin untuk memberi laluan kepada Dr Samsuri menerajui PN.

Namun keadaan menjadi tegang kembali hingga ke hari ini apabila Muhyiddin membuat u-turn hanya beberapa hari selepas pengumuman dibuat.

Muhyiddin pula dikatakan marah dengan beberapa pemimpin PAS yang secara diam memberikan sokongan kepada pencabar utama beliau di dalam PPBM, Hamzah Zainuddin.

Apakah kesudahannya hubungan kerjasama antara PAS dan PPBM?

Terdedah Keretakan Hubungan Antara Hadi Dan Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker