Bukan Sekali Hadi Awang Jual Temberang

Bukan Sekali Hadi Awang Jual Temberang

Bukan Sekali Hadi Awang Jual Temberang

 

Setiap kali menang pilihanraya umum, Hadi Awang ulangi sumpah untuk pertahan perlembagaan.

Tetapi sekarang dia sifatkan perlembagaan itu hasil tinggalan penjajah yang menipu umat Islam dan ada bom jangka.

Katanya, penjajah telah pulang ke negara mereka tapi masih menjajah kita melalui Perlembagaan Suruhanjaya Reid.

Ironinya, dulu Hadi mencipta pelbagai fitnah menuduh PH hendak merungkai perlembagaan.



Tetapi hari ini dia pula mengajak kita merungkai dan merombak ikatan penjajah itu.

Apakah tiada langsung ruang kebaikan kepada Islam sejak kita Merdeka 67 tahun lalu dibawah perlembagaan yang ada?

Takdir Allah SWT, 33 bulan Hadi dilantik Duta Khas bertaraf Menteri.

PAS menjadi kerajaan di pusat dan pemimpin PAS dilantik menjadi Menteri Agama dan seorang lagi Menteri Undang Undang.



Tiada pula usaha wujudkan perlembagaan baru yang tiada kaitan dengan penjajah.

PAS beralasan tiada 2/3 majoriti untuk ubah perlembagaan.

Tetapi mengapa bersuara pun tidak semasa kuasa ada di tangan?

Hadi juga senyap semasa kes Iki Putra 2021 berjalan dan selepas keputusan Mahkamah dibuat.

Malah dikeluar kenyataan rasmi PAS minta rakyat bertenang.

Bila kuasa terlucut dari tangan, Hadi dan PAS meminta hakim-hakim pesongkan tafsiran perlembagaan mengikut tafsiran PAS.

PAS mula menuduh hakim-hakim diternak, lawan hukum Allah SWT dan berjiwa penjajah.

Walaupun kes itu sebenarnya berkaitan isu DUN yang melampaui bidangkuasa.

Doktrin Amanat Hadi dihidupkan semula.

Jika PAS pinda atau ubah erlembagaan ketika berkuasa, tidak perlu hakim-hakim menipu diri sendiri.

Mentafsir perlembagaan dengan maksud yang berlawanan dengan apa yang tertulis pada perlembagaan.

PAS hanya pandai menyalahkan dan menghukum orang lain kerana tidak ikut fahaman Ghuluw PAS.

Hadi bahkan beri peringatan termasuk kepada Raja Raja Melayu untuk pertahankan akidah berkait isu ini.

Adakah Hadi menuduh Raja Raja Melayu tidak mempertahankan akidah selama ini?

Dahulu Khawarij punyai tafsiran agama sendiri dan anggap Khalifah Saidina Ali terpesong akidahnya kerana tidak ikut hukum Allah seperti fahaman sempit mereka.

Sejarah sedang berulang.

 

Bukan Sekali Hadi Awang Jual Temberang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker