Kanak-kanak autistik ditemui lemas

Oleh – Syeikh Baran


Kanak-kanak autistik ditemui lemas
Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki autistik ditemui lemas di tasik dekat Taman Medan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing sekitar pukul 7 malam tadi.



“Mangsa ditemui di tengah tasik yang merupakan kolam tadahan banjir dan telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa telah memuat naik hantaran di Facebook mengenai kehilangan anaknya di Taman Aman, di sini pada pukul 4 petang tadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button