Lelaki jual air ketum tepi jalan ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki jual air ketum tepi jalan ditahan
Gambar Hiasan

Polis menahan seorang penduduk wilayah Tak, Thailand kerana menjual air ketum yang dicampur dengan sirap ubat batuk di tepi jalan Pattaya-Rayong kelmarin, lapor laman berita The Pattaya News.

Penahanan itu dibuat berikutan arahan Perdana Menteri, Srettha Thavisin agar pihak berkuasa membanteras penjual yang menjual minuman haram itu dalam kalangan belia dan pelajar.



Polis mendapati lelaki dikenali sebagai Mor U, 38, menjual minuman tersebut di sebuah gerai. 

Seorang anggota polis yang menyamar sebagai orang awam membeli sebotol air ketum pada harga 100 baht (RM13.31) daripada lelaki tersebut, yang membawa kepada penahanannya.

Suspek mendakwa dia bekerja untuk seorang rakan dan menafikan memiliki perniagaan itu.

Dia menghadapi pertuduhan menjual air ketum yang dicampur dengan bahan lain secara haram dan akan didakwa di mahkamah. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading