Tuduhan Ahli Parlimen Pasir Gudang Terhadap YDP Agong Adalah Serius

Tuduhan Ahli Parlimen Pasir Gudang Terhadap YDP Agong Adalah Serius

Tuduhan Ahli Parlimen Pasir Gudang Terhadap YDP Agong Adalah Serius

 

Kebiadaban ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, kerana membuat tuduhan terhadap institusi YDP Agong adalah sangat serius.

Beliau memberikan komen beliau terhadap titah SPB YDP Agong Sultan Ibrahim yang merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15.



Hassan karim berkata, YDP Agong tidak boleh tidak layan jika pembangkang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Lebih biadab lagi Hassan Karim berkata YDP Agong kena ikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya ikut selera dan sentimen peribadi.

Mengapa Hassan begitu biadab menuduh YDP Agong membayangkan akan bertindak beraja di mata dan bersultan di hati dalam titah baginda?

Bukankah YDP Agong sudah menjelaskan, pemerintahan baginda adalah sama seperti pemerintahan YDP Agong sebelum ini, berpaksikan kepada perlembagaan.



Atau mungkinkah Hassan adalah seorang peguam yang sangat tidak cerdik kerana tidak memahami Perlembagaan Persekutuan?

Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kuasa YDP Agong untuk memprorog atau membubarkan parlimen.

Sekiranya berlaku keadaan kerajaan kehilangan majoriti, YDP Agong boleh mengisytiharkan darurat politik seperti peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Selepas diisytiharkan darurat politik baginda boleh memprorog parlimen seperti Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.



Dalam keadaan itu, baginda boleh melantik perdana menteri interim untuk dibentuk kerajaan interim sehingga keadaan stabil.

Sudah pasti dengan pemerintahan perdana menteri dann kerajaan interim, keadaan politik akan menjadi lebih stabil kerana akan melapur terus kepada baginda.

Maksud baginda untuk tidak melayan sebarang cubaan menggugat kestabilan politik adalah baginda tidak mahu keadaan selepas PRU 14 berulang.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat kerana ahli parlimen saling berebut kuasa.



Apa maksud Hassan dengan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak?

Apakah beliau cuba menghasut rakyat supaya menentang institusi YDP Agong?

Tuduhan paling serius adalah apabila beliau berkata Agong telah crossed the line.

Kebiadaban sebegini tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan dari kerajaan!!!



 

Tuduhan Ahli Parlimen Pasir Gudang Terhadap YDP Agong Adalah Serius

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button