Kualiti bekalan air di Kelantan mungkin menurun

Oleh – Syeikh Baran


Kualiti bekalan air di Kelantan mungkin menurun
Izani (dua dari kiri) dan Nassuruddin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada masjid sumbangan Pengurusan Aset Air Berhad di Majlis Pecah Tanah Loji Rawatan Air Bukit Chupak di Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Fenomena cuaca panas atau El Nino yang sedang melanda ketika ini berkemungkinan akan mengurangkan kualiti bekalan air yang dibekalkan kepada rakyat Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, paras air akan turun ketika ini sehingga menyebabkan air paip dan kualiti air akan menurun.



Menurutnya, sehubungan itu, jumlah paras air paip di beberapa loji di negeri ini dijangka berkurangan berbanding biasa disebabkan fenomena El Nino.

“Dalam musim El Nino ini taraf air akan turun sehingga air paip dan kualiti air jadi berkurangan. Jadi, kita ambil maklum masalah ini dan akan sampaikan maklumat itu kepada rakyat.

“Rakyat sepatutnya peka dan perlu berjimat terutamanya di rumah ibadat, surau, sekolah ketika kita berhadapan dengan musim kemarau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Loji Rawatan Air Bukit Chupak di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading