Pesara wanita lesap wang simpanan ditipu ‘phone scam’

Oleh – Syeikh Baran


Pesara wanita lesap wang simpanan ditipu ‘phone scam’
Gambar Hiasan

Seorang pesara wanita berusia awal 70-an lesap wang simpanan sebanyak RM390,000 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang kononnya dia terlibat dengan kegiatan jenayah ‘cuci wang’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa yang merupakan pesara swasta menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali awal November tahun lalu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Perak.



Menurut beliau, mangsa dimaklumkan terlibat dengan kegiatan jenayah ‘cuci wang’ menggunakan satu akaun bank yang didaftarkan atas namanya.

Kata beliau, mangsa kemudian diarah memindahkan wang ke akaun tidak dikenali konon bagi tujuan diaudit oleh Bank Negara dengan jaminan setelah wang mangsa diaudit, ia akan dipulangkan semula.

“Pada pertengahan November 2023 mangsa memindahkan wang sebanyak 17 kali transaksi ke dua akaun berbeza. Mangsa menyedari ditipu kerana masih belum menerima kembali wang miliknya berjumlah RM390,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button