Siapa Isham Untuk Desak UMNO Buat Referendum Suara Mengenai Muafakat Nasional

Siapa Isham Untuk Desak UMNO Buat Referendum Suara Mengenai Muafakat Nasional

Siapa Isham Untuk Desak UMNO Buat Referendum Suara Mengenai Muafakat Nasional

 

Sekali lagi bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipecat, Isham Jalil, meroyan ibarat orang yang gila talak.

Kalau dahulu beliau mendesak supaya Presiden UMNO, DS Zahid, membuat referendum suara mengenai kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.



Kini, beliau sekali lagi mendesak DS Zahid supaya membuat referendum suara mengenai penubuhan semula Muafakat Nasional.

Penulis tidak pasti, apa sebenarnya niat Isham Jalil.

Ada teori yang mengatakan suara itu sebenarnya adalah suara Dr Mahathir yang merasakan diri beliau sudah checkmate.

Dr Mahathir merasakan, inilah satu-satunya cara dan peluang terakhir yang beliau ada untuk menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.



Cuma apa yang Dr Mahathir terlupa, kalau pun dibuat referendum suara, adakah beliau pasti akar umbi UMNO akan menolak kerjasama yang ada sekarang?

Tetapi seperkara yang menghairankan penulis adalah, siapa Isham Jalil untuk mendesak UMNO supaya membuat referendum suara?

Adakah beliau sudah lupa bahawa beliau sudah dipecat dari UMNO?

Atau mungkinkah beliau masih bermimpi bahawa beliau masih lagi ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO?



Mungkin juga Isham Jalil merasakan dengan sehari dua berada di kerusi MKT UMNO, beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam UMNO?

Kalau itu benar, tidak kedengaran pula mana-mana cawangan atau bahagian UMNO yang membantah pemecatan beliau tempoh hari.

Malah, tidak ada seorang akar umbi UMNO yang menghantar surat bantahan pemecatan UMNO.

Maksudnya, Isham Jalil tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam UMNO.



Kalau pun ada, itu hanya kerana beliau ditimpa perasaan atau dalam kata yang lebih lembut, beliau perasan.

Biar mati berangan jangan mati ditimpa perasan bro…😜😜😜

 

Siapa Isham Untuk Desak UMNO Buat Referendum Suara Mengenai Muafakat Nasional

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button