Bangsa Melayu Mudah Tertipu

Bangsa Melayu Mudah Tertipu

Bangsa Melayu Mudah Tertipu

 

Bangsa Melayu terkenal dengan satu sifat atau sikap yang tidak ada pada mana-mana bangsa dalam dunia ini.

Amok hanya boleh digunakan untuk bangsa Melayu dan hanya terdapat dalam kamus dan peradaban bangsa Melayu.

Apa maksud Amok?

Menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka Amok bermaksud mengamuk.



Apa pula maksud mengamuk?

Maksud mengamuk adalah menyerang dengan membabi buta, mencederakan siapa sahaja yang ditemui atau membunuh kerana sangat marah.

Kenapa penulis memulakan tulisan kali ini dengan perkataan amok?

Kerana di sebalik sifat dan keberanian orang Melayu ketika mengamuk, ada satu lagi sifat orang Melayu yang kontradik dengan sifat amok.



Tidak dapat kita nafikan, di sebalik keberanian dan kekeringan hati orang Melayu ketika mengamuk, orang Melayu sebenarnya satu bangsa yang mudah ditipu.

Ini bukan hanya pendapat peribadi penulis tetapi juga adalah pengakuan Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah.

Kenyataan yang beliau buat adalah berdasarkan 28,080 aduan yang diterima pihaknya sepanjang 2008.

Sebenarnya tidak perlu dibuat kaji selidik mendalam mengenai sifat mudah tertipu orang Melayu.

Ianya berlaku hampir setiap hari di hadapan mata kita.

Lihat sahaja dalam dunia politik.

Dengan hanya bermodalkan jubah dan serban serta beberapa petikan ayat Al Quran dan hadis, pemimpin politik dengan mudah boleh menghalalkan penipuan demi penipuan yang mereka lakukan.

Ditambah dengan janji jalan pintas ke syurga, maka akan berbondong-bondong orang Melayu memberikan sokongan secara membuta tuli.

Terbaru kita dibentangkan dengan kisah bagaimana seorang yang mengaku cicit ke 38 Rasulullah SAW dari silasiah Idrisiah menipu orang Melayu.

Ramailah orang Melayu yang mencium tangan, mencium jubah dan meminta air penawar dari penipu berkenaan.

Paling menghairankan bukan hanya orang Melayu marhaen sahaja yang tertipu.

@s4verafah

Replying to @edashrf #maulamuhammadaminalidrisialhassani #ustazahasmaharun #ustazebitlew #xyzbca #foryou #xyzbca

♬ suara asli – Muslim_Milenial331 – Muslim Milenial

 

@wadahdaily

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengawasi aktiviti Mawla Amin dan pengikutnya. Hal ini berikutan kerana, mereka telah membeli sebidang tanah seluas kira-kira 11 hektar di Melaka untuk mewujudkan Kerajaan 9 yang dikatakan sebagai persiapan akhir zaman bagi Mawla Amin dan pengikutnya. #wadahdaily #mawlaamin #kerajaan9 #malaysianupdate #maghribi #algeria #malaysia #fyp #kerajaanperpaduan #pmx #malaysiamadani #kerajaanmadani #alamin

♬ original sound – WadahDaily – WadahDaily

The so called ustaz dan ustazah malah profesor juga turut tertipu.

Apa Yang Menyebabkan Orang Melayu Mudah Tertipu?

 

Jawapan yang paling ringkas dan tepat adalah kerana majoriti orang Melayu malas membaca serta membuat semakan atas kesahihan sesuatu perkara.

Kita sudah berada di abad ke 21, tetapi sikap buruk itu bukan semakin pudar, malah semakin berakar umbi di kalangan orang Melayu.

Walau pun kini kita berada di zaman maklumat berada di hujung jari.

Tetapi majoriti orang Melayu tidak memunafaatkan teknologi tersebut dengan sebaik-baiknya.

Orang Melayu lebih suka menggunakan teknologi tersebut untuk membeli belah, bergossip sesama sendiri atau bermain game.

Status bangsa kita tidak boleh tukar, tetapi sikap dan budaya kita boleh ditukar.

Untuk kesinambungan kegemilangan bangsa supaya dapat dibanggakan oleh anak cucu kita, sama-samalah kita bina peradaban baharu dalam kehidupan kita.

Bukankah nenek moyang kita sudah memberikan pesanan kepada kita, membaca itu jambatan ilmu.

 

Bangsa Melayu Mudah Tertipu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker