Pilihan Untuk Mahathir, Beri Kerjasama Pada RCI Atau Di Tangkap

Pilihan Untuk Mahathir, Beri Kerjasama Pada RCI Atau Di Tangkap

Pilihan Untuk Mahathir, Beri Kerjasama Pada RCI Atau Di Tangkap

 

Menteri Undang Undang memberitahu RCI yang ditubuhkan mempunyai beberapa kuasa.

Antara kuasa ini ialah memanggil orang untuk memberi keterangan, mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka yang engkar dan mengeluarkan denda.

Kuasa tersebut diberikan kepada setiap RCI yang ditubuhkan demi untuk mendaulatkan kebenaran dan keadilan.

Antara tanggungjawab utama RCI Pulau Batu Puteh ditubuhkan adalah untuk menyemak keputusan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir menggugurkan semakan keputusan ICJ.



Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Namun Malaysia diberikan jeda waktu untuk menyemak semula keputusan yang telah dibuat.

Sekiranya Malaysia enggan atau melakukan notis penyemakan semula, maka keputusan ICJ akan dianggap sebagai keputusan muktamad.

Pada tahun 2018, pihak Jabatan Peguam Negara telah menemukan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.



Namun apabila PH menjadi kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir, kerajaan ketika itu secara tiba-tiba membuat keputusan untuk membatalkan semakan semula.

Ini telah menyebabkan Pulau Batu Puteh yang dahulu pernah berada di bawah kedaulatan Malaysia terpaksa diberikan kepada Singapura selama-lamanya.

Kerajaan baru-baru ini telah membuat keputusan untuk menubuhkan RCI Batu Puteh.

Ianya untuk merungkaikan persoalan mengapa pembatalan dibuat tanpa sebab.

Namun selepas mendapat perkenan DYMM SPB YDP Agong, Sultan Ibrahim, pihak Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan beliau mungkin akan memulaukan RCI tersebut.

Dr Mahathir mendakwa Pengerusi RCI, Tun Mohd Raus mempunyai kepentingan peribadi dalam siasatan RCI tersebut.

Malah beliau menuntut supaya pelantikan Mohd Raus sebagai Pengerusi RCI dibatalkan sebagai syarat untuk beliau berkerjasama.

Pada pandangan penulis, tidak ada sebab mengapa kerajaan mesti tunduk dengan tuntutan Dr Mahathir.

Kedaulatan negara bukan hak milik peribadi Dr Mahathir.

Terpulang kepada Dr Mahathir untuk berikan kerjasama atau dikenakan waran tangkap dan diheret ke mahkamah.

 

Pilihan Untuk Mahathir, Beri Kerjasama Pada RCI Atau Di Tangkap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker