Jangan jadi Syed Saddiq, Wan Saiful kena berani lapor SPRM

Oleh – Bakhtiar Omar


Jangan jadi Syed Saddiq, Wan Saiful kena berani lapor SPRM
Wan Saiful Wan Jan

Pendedahan yang dilakukan oleh Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor perlu dipandang serius semua pihak. Dalam konteks ini, Wan Saiful kena berani melaporkan kepada SPRM berkaitan pendedahan yang dibuatnya.

Jangan pula Wan Saiful menjadi seperti Syed Saddiq yang pernah mendakwa ditawarkan sehingga RM5 juta namun sehingga hari ini, beliau tidak pernah dedahkan siapa dan siapa tahu adakah beliau membuat laporan kepada SPRM atau tidak.

Jangan jadi Syed Saddiq, Wan Saiful kena berani lapor SPRM

Wan Saiful mendedahkan pertemuan demi pertemuan yang diaturkan individu tertentu bagi memujuk beliau. Cuma, agak mengejutkan apabila Wan Saiful menyatakan beliau ‘terpaksa’ melayan individu tersebut kerana ada kebimbangan tertentu.



Beliau juga menyatakan individu yang berjumpa dengannya menyamar dengan menggunakan nama lain apabila berkomunikasi.

Wan Saiful memberi gambaran sokongan beliau sangat ditagih oleh individu dan sebagai balasan, ada habuan yang ditawarkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq cuba mencelah dengan nada tinggi mengaitkan peruntukan parlimen yang sepatutnya disalurkan kepada ahli parlimen.

Selepas ditegur Speaker, Wan Saiful mula cuba memutar kenyataan awal beliau semasa berucap dan ini menimbulkan perdebatan kalangan ahli parlimen.



Mungkin apa yang diucapkan oleh Wan Saiful di Parlimen ada benarnya namun sehingga laporan SPRM dilakukan kenyataan tersebut hanya akan kekal sebagai ‘Hearsay’ dan tidak ada bukti kukuh yang boleh dikemukakan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula jangan lupa beliau telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur kerana kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan beliau ditawarkan RM5 juta oleh “penasihat kanan perdana menteri” untuk meninggalkan parti Bersatu dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Ketua sayap pemuda Bersatu itu berkata, tawaran RM5 juta berkenaan dibuat oleh “rangkaian sistematik dedak” yang dirancang penasihat kanan terbabit. – Laporan – 2/10/2017

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker