Kereta rempuh tembok masjid elak anjing

Oleh – Syeikh Baran


Kereta rempuh tembok masjid elak anjing
KEADAAN tembok masjid yang runtuh selepas dirempuh dalam kejadian di Bukit Piatu, Melaka.

Sebuah kereta terbabas merempuh tembok Masjid An-Ni’mah di Bukit Piatu, di sini gara-gara mengelak seekor anjing, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Corolla Altis bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang merupakan seorang peniaga dalam perjalanan dari Taman Semabok Perdana menghala ke Bukit Baru.

“Setiba di lokasi, seekor anjing tiba-tiba muncul secara mengejut dan mangsa telah mengelak haiwan itu sehingga merempuh tembok masjid.

“Mangsa bagaimanapun tidak cedera. Temboh masjid dan kereta dipandu mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, tiada rakaman sistem televisyen litar tertutup di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca nahas.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading