PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?

Oleh – Bakhtiar Omar


PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?

PAS-Parti Islam Se-Malaysia kini mendominasi gabungan dalam Perikatan Nasional dari jumlah kerusi parlimen dan DUN berbanding BERSATU-Parti Pribumi Bersatu Malaysia.



Desas-desus mengenai sokongan PAS kepada PMX semakin kuat berlegar kerana BERSATU masih lagi ‘menyimpan’ pemimpin mereka yang kini berada dalam kategori ‘Kluster Mahkamah’.

Seringkali mendakwa sebagai sebuah parti yang menolak golongan ‘Kluster Mahkamah’, Perikatan Nasional, PAS dan BERSATU perlu membuktikan mereka ‘walk the talk’ dan bukan sekadar omongan kosong.

Oleh demikian, PAS selaku parti yang mengakui sebuah parti Islam turut terpukul jika mereka masih terus bersama ‘Kluster Mahkamah’ dalam Perikatan Nasional.

Sudah tentunya imej PAS perlu dijaga sebaiknya selaras dengan perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai panduan politik mereka.



Adakah PAS kini sudah bertukar hanya kerana mahu menjaga hati BERSATU dan menjaga kepentingan politik mereka semata?

Atau sebenarnya PAS sudah menerima liberalisasi sebagai permulaan untuk lebih diterima pengundi pada masa hadapan?

PRINSIP ATAU ‘POKET’ LEBIH UTAMA KEPADA PAS?

PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?
Wan Saiful Wan Jan (BERSATU) – Gambar Fail

Sewajarnya PAS menegaskan prinsip parti yang tidak mahu berkerjasama dengan mereka yang dalam lingkungan ‘Kluster Mahkamah’.

Sebagaimana alasan yang pernah dilemparkan terhadap UMNO satu ketika dahulu semata untuk mengagalkan kerjasama Muafakat Nasional kini nada PAS berbeza.



Benarkah pemimpin PAS ada yang ‘terhutang budi sehingga tergadai prinsip’ bilamana bersama BERSATU dalam Perikatan Nasional?

Sudah tidak ada rasa malu pemimpin PAS bersama bergelumang dengan mereka yang dikategorikan sebagai ‘penjenayah sivil’?

PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?
Muhyiddin Yassin – Presiden BERSATU

Atau PAS sebenarnya bersedia memulakan revolusi dalaman dan beralih kepada kepimpinan yang lebih terbuka dan akan menggunakan ‘dalil’ tertentu bagi ‘menghalalkan’ keputusan mereka?

BERSATU pula sebenarnya perlu menimbangkan untuk menyingkirkan pemimpin mereka yang terpalit dengan Mahkamah. Sudah pasti urusan Mahkamah akan mengganggu rutin sekiranya Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan kelak.



Beranikah BERSATU bertindak sebelum PAS tawar hati? Perlu diingatkan, PAS ini akan menggelupur jika ada pihak yang bermurah hati dan bersedia ‘menderma’ kepada mereka.

Siapa yang banyak ‘menderma’ kepada PAS, maka itulah ‘towkey’ yang akan dijulang PAS.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading