Tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib

Oleh – Syeikh Baran


Tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib
Saifuddin beramah mesra dengan penghuni Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta di Ipoh pada Isnin.

Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di 43 penjara seluruh negara.

“Saya hendak sanggah naratif nakal yang dimainkan segelintir media kononnya hendak meletakkan Najib di bawah tahanan di rumah.



“Punyalah nakal sampai tidak boleh tengok perspektif kurangkan kesesakan penjara khususnya untuk untuk kategori tertentu. Ada panel menilainya bagi jenis kesalahan yang kami cadangkan, hanya mereka dijatuhkan hukuman penjara kurang empat tahun.

“Kalau dikenakan penjara sehingga 20 tahun, penjenayah tegar takkan senang-senang beri ‘home detention’, itu akan mengancam masyarakat. Jadi apabila kita umumkan, hati tidak jernih terus buat kesimpulan awal secara tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Menyemai Kasih Rakyat dan menyantuni penghuni Rumah Seri Kenangan di Ulu Kinta di sini pada Isnin.

Tambah Saifuddin, pihaknya akan meneliti pelaksanaan inisiatif itu dengan melakukan semakan peruntukan undang-undang atau akta berkaitan digubal.

“Untuk kita laksanakannya ada keperluan semak undang-undang, akta, peraturan, apakah perlu kita buat akta baharu misalnya.



“Kalau itu tidak mencukupi melaksanakan tahanan dalam rumah kita perlu akta baru, barulah kita bincang dengan pihak berkaitan untuk gubal supaya pelaksanaannya mematuhi dari segi undang-undang sekali gus objektif mengurangkan kesesakan tercapai.

“Jadi, kita mahu semua masyarakat, aktivis dan ‘state holder’ bagi dukungan dengan hasrat kerajaan dalam melaksanaknnya,” jelasnya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker