UMNO Perlu Lebih Realistik Dalam Membaca Kekuatan Parti
UMNO Perlu Lebih Realistik Dalam Membaca Kekuatan Parti
Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, memaklumkan Barisan Nasional, terutamanya UMNO bersedia meletakkan calon sekiranya berlaku pilihanraya kecil di 6 parlimen.
“Jika ada pengosongan kerusi itu pasti perundingan untuk mendapatkan semula kerusi tersebut diadakan”.
“Dan ia memberi keutamaan kepada calon-calon daripada UMNO dan BN”.
“Kerusi yang disandang keenam-enam ahli parlimen PPBM itu sebelum ini memang dipegang UMNO”.
“Justeru perundingan akan diadakan bersama kepimpinan Kerajaan Perpaduan bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan,” jelas beliau.
Dilihat senada dengan DS Zahid adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, DS Ahmad Maslan.
Beliau mencadangkan UMNO membuka war room di enam Parlimen susulan pindaan perlembagaan PPBM yang diluluskan parti itu semalam.
Beliau menjangkakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tiada masalah meluluskan pindaan perlembagaan PPBM seperti mana yang dilakukan UMNO sebelum ini.
“Mengikut pengalaman saya sebagai Setiausaha Agung UMNO yang melalui pindaan perlembagaan parti tahun lalu”.
“Jika segalanya (pindaan) dibuat teratur dan mengikut syarat, maka kebiasaannya RoS akan meluluskan pindaan itu”.
“Saya menjangkakan RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan PPBM”.
“Jadi, UMNO yang sebelum ini bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan perlu proaktif”.
“Membuat persiapan rapi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan membuka war room di enam Parlimen itu”.
“Mengikut pengalaman sebelum ini, selepas terima kelulusan RoS berkaitan pindaan perlembagaan, parti akan hantar perutusan kepada Speaker Dewan Rakyat”.
“Ia bagi memaklumkan mengenai kekosongan kerusi, sesuai dengan Akta Anti Lompat Parti,” jelas beliau.
Persoalannya, selepas ditolak rakyat dalam PRN 6 negeri, apakah UMNO yakin dapat memenangi kesemua PRK sekiranya diberikan laluan.
Bagaimana sekiranya diberikan laluan, UMNO tewas di kesemua 6 PRK tersebut?
Tidakkah itu lebih mencalarkan imej UMNO?
Tidakkah itu akan lebih menjadikan UMNO sebagai parti picisan yang tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam Kerajaan Perpaduan?
Adalah lebih baik UMNO menumpukan perhatian mengembalikan semula sokongan orang Melayu sementara masih mempunyai masa dan kesempatan.
UMNO Perlu Lebih Realistik Dalam Membaca Kekuatan Parti
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kelentong Wan Saiful Tak Laku Di Parlimen
- Pemimpin PPBM Sendiri Tidak Yakin Dengan Pindaan Perlembagaan PPBM
- Salam Terakhir Buat Muhyiddin Dan PPBM