Salam Terakhir Buat Muhyiddin Dan PPBM

Salam Terakhir Buat Muhyiddin Dan PPBM

Salam Terakhir Buat Muhyiddin Dan PPBM

 

Berita paling ngeri buat Muhyiddin pada minggu lepas adalah bila Mahkamah Rayuan mengembalikan 4 pertuduhan rasuah skandal Jana Wibawa.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, ianya telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan beliau.



Ini bermakna, Muhyiddin akan kembali menghadapi 7 pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah sebagaimana sebelum ini.

Ketika Hakim Hadhariah membacakan keputusan tersebut, Muhyiddin dan barisan peguambela beliau jelas kecewa dan terkejut.

Mungkin mereka merasa cukup yakin dapat mengekalkan keputusan lepas dan bebas dengan bermain masalah teknikal.

Keputusan itu juga turut menutup mulut Muhyiddin yang selama ini mendakwa beliau sebenarnya seorang yang bersih dari salah guna kuasa dan rasuah.



Ini juga akan memberikan alasan yang cukup kukuh kepada kem Hamzah Zainuddin untuk melobi dan mendesak supaya Muhyiddin berundur.

Hidangan sudah berada di hadapan mata, apa yang perlu dilakukan hanyalah memastikan ianya tidak disambar oleh kem lain.

Mahukah Hamzah Ambil Alih Parti Yang Sedang Tenat?

 

Persoalannya, apakah Hamzah Zainuddin mahu menjadi nakhoda kepada kapal yang kini sudah semakin karam.



Setakat ini sudah 6 orang ahli parlimen PPBM yang berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut ahli parlimen Bukit Gantang, akan ada 10 orang lagi ahli parlimen PPBM yang akan menyusul dengan tindakan yang sama.

Seandainya apa yang beliau dakwa itu betul, ini bermakna PPBM akan kehilangan 16 orang ahli parlimen.

Ini bermakna, jumlah ahli parlimen PPBM yang tinggal tidak sampai 20 orang.



Di peringkat negeri pula, tidak ada satu negeri yang ditadbir Perikatan Nasional dikuasai oleh PPBM.

Kesemuanya dikuasai oleh PAS.

Dalam artikata lain, PPBM kini bukan sahaja lemah di peringkat pusat, malah PPBM juga sangat lemah di peringkat negeri.

Kewangan PPBM juga dikatakan sudah semakin tenat.



Dari sudut jumlah keahlian pula, sudah ramai yang meninggalkan PPBM.

Jentera pilihanraya tidak payah cerita.

Mahukah Hamzah?

Salam Terakhir Buat Muhyiddin Dan PPBM

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading