Kelentong Wan Saiful Tak Laku Di Parlimen

 

Kelentong Wan Saiful Tak Laku Di Parlimen

 

Mungkin hajat hati ahli parlimen Tasik Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, adalah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah seorang yang tegas menolak rasuah.



Ketika perbahasan titah ucapan YDP Agong di Dewan Rakyat, Wan Saiful mendakwa kononnya beliau telah dihubungi oleh orang tertentu.

Beliau juga mendakwa pada awalnya beliau tidak mahu melayan tetapi setelah beberapa kali dihubungi, Wan Saiful telah bersetuju untuk bertemu.

Kononnya dalam pertemuan tersebut, Wan Saiful telah cuba di rasuah dengan peruntukan RM1.7 juta untuk parlimen Tasek Gelugor sekiranya menyokong kerajaan.

Lebih menarik lagi dalam masa yang sama, beliau mendakwa telah diberikan ugutan oleh kumpulan individu yang sama.



Sekiranya tidak mahu memberikan sokongan kepada kerajaan, beliau akan didakwa di mahkamah atas beberapa kes.

Malah dakwa Wan Saiful, beliau juga diingatkan sekiranya enggan, keluarga beliau juga berada dalam keadaan bahaya.

Namun kononnya atas prinsip beliau yang tegas menolak rasuah, beliau sanggup menghadapi apa juga risiko.

Tetapi tidak sekali-kali akan menggadaikan maruah dan prinsip beliau dengan jenayah rasuah.



Itu yang berlaku di Dewan Rakyat.

Selepas itu, Wan Saiful juga mendakwa beliau telah dihubungi oleh pegawai SPRM kira-kira sejam selepas membuat pendedahan di Dewan Rakyat.

Itu adalah cerita halusinasi Wan Saiful yang kini sedang menghadapi 2 pertuduhan rasuah sebanyak RM6.9 juta dari skandal Jana Wibawa.

Dalam Dewan Rakyat Kantoi, Luar Dewan Rakyat Pun Kantoi

 



Kelentong Wan Saiful Tak Laku Di Parlimen

 

Ketika membawa cerita dongeng tersebut di Dewan Rakyat, Wan Saiful telah diserang teruk oleh ahli parlimen blok kerajaan.

Berkali-kali ahli parlimen kerajaan mendesak beliau supaya membuat sidang media di luar Dewan Rakyat atau pun membuat lapuran SPRM sekiranya dakwaan beliau benar.



Keadaan menjadi semakin panas, apabila Wan Saiful kaitkan pula dengan YDP Agong.

Kononnya orang yang menghadap baginda setiap minggu sebelum persidangan kabinet adalah orang yang terlibat dalam salah guna kuasa.

Setelah diberi amaran oleh YDP Dewan Rakyat akan implikasi yang bakal beliau hadapi dari tuduhan tidak berasas tersebut, Wan Saiful menarik balik kenyataan tersebut.

Tetapi mungkin kerana tidak puas hati kerana kelentong tidak laku, Wan Saiful buat pula cerita telah dihubungi pegawai SPRM.



Tetapi sekali lagi kelentong beliau terdedah apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menafikan cerita beliau.

Malah Azam Baki berkata, Wan Saiful sepatutnya membuat SPRM sekiranya apa yang beliau dakwa itu benar.

Azam Baki juga berkata, SPRM akan membuat siasatan atas dakwaan yang Wan Saiful buat.

Tak pasal-pasal SPRM sudah buka kertas siasatan.

Semua orang tahu, apa yang Wan Saiful dakwa adalah satu pembohongan kerana ini bukan kali pertama beliau menipu.

Realitinya, beliau kini sedang hadapi 2 pertuduhan rasuah dari skandal Jana Wibawa!!!

 

Kelentong Wan Saiful Tak Laku Di Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading