Insiden jenayah terhadap Faisal Halim, Akhyar tidak berkait

Oleh – Syeikh Baran


Insiden jenayah terhadap Faisal Halim, Akhyar tidak berkait
Insiden jenayah terhadap Akhyar (kiri) dan Faisal (kanan) dipercayai tiada hubung kait. FOTO tular media sosial

Insiden jenayah terhadap dua pemain kebangsaan yang berlaku dalam jarak masa yang dekat dipercayai tiada hubung kait.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, polis kini memberi tumpuan kepada kenyataan kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti motif kejadian itu.

“Kenyataan kedua-dua mangsa itu amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan polis.



“Siasatan masih di peringkat awal dan usaha pada masa ini adalah lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kedua-dua kejadian yang menimpa pemain bola sepak negara itu.

“Tindakan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Sebelum itu, bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badannya selepas diserang seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.



Beliau dikatakan diserang ketika di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang hari ini.

Sementara itu, Khamis lalu, pemain kebangsaan dan juga Terengganu FC, Akhyar Rashid diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu.

Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain terbabit mengalami kecederaan.

Difahamkan, suspek melarikan telefon pintar dan dompet sebelum melarikan diri.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button