Keahlian Bersatu Ali Biju boleh terhenti serta-merta

 

Perlembagaan Bersatu jelas menyatakan mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berdepan tindakan disiplin termasuk boleh terhenti keahlian serta-merta, kata Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata demikian sebagai mengulas keputusan Ali Biju yang juga ahli parti itu bertanding sebagai calon bebas bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Beliau berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini membuat pengumuman rasmi bahawa parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

“Perlembagaan Bersatu menyatakan bahawa mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berhadapan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk boleh terhenti keahlian serta merta.

 





“Peraturan yang sama terpakai di Sarawak dan parti akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara ini,” katanya di Facebook.

Beliau turut menyeru semua ahli Bersatu bersama berganding bahu memastikan kemenangan besar buat rakan sekutu GPS pada PRN Sarawak.

“Mari kita gunakan keberadaan kita untuk membantu kemenangan rakan sepasukan,” katanya.

Teka-teki sama ada Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu akan mempertahankan kerusi DUN Krian akhirnya terjawab apabila beliau hadir di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Masyarakat Sri Krian pagi tadi sebagai calon bebas menggunakan logo kerusi.

Beliau hadir pada 9.02 pagi di dewan tersebut seterusnya menyempurnakan proses pencalonan.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR.

fmt

Timbalan Menteri PPBM tanding bebas




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading