Anggota polis peras ugut lelaki direman

Oleh – Syeikh Baran


Anggota polis peras ugut lelaki direman
M Kumar ketika ditemui media hari ini. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar memaklumkan, dua anggota polis yang ditahan dipercayai melakukan pemerasan terhadap lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), malam tadi, direman dua hari bermula hari ini.

Penahanan kedua-dua anggota polis berusia antara 32 hingga 35 tahun itu susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa diperas membabitkan nilai RM2,000



Mangsa mendakwa ketika melalui pemeriksaan di BSI, dia telah ditahan dua anggota polis terbabit kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Suspek memeras ugut mangsa supaya membayar RM2,000 bagi mengelak ditangkap dan ditahan di lokap polis.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading