Suri rumah didakwa jalankan khidmat rawatan venir pergigian tanpa lesen

Suri rumah didakwa jalankan khidmat rawatan venir pergigian tanpa lesen

Suri rumah didakwa jalankan khidmat rawatan venir pergigian tanpa lesen
Suri rumah, Norazia Abdul Rahman (tengah baju gelap) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjalankan perkhidmatan rawatan venir pergigian tanpa lesen. – Foto FAIZUL AZLAN RAZAK

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap tuduhan menjalankan perkhidmatan rawatan venir pergigian tanpa lesen.

Tertuduh, Norazia Abdul Rahman, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan Hakim Nazlyza Mohd Nazri.

Norazia dituduh menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan 1998 (Akta 586).



Tertuduh didakwa menjalankan perkhidmatan venir pergigian yang juga suatu amalan pergigian.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, jam 5.55 petang pada 20 Ogos 2021.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 berdepan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 6 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.



Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Nozaizeli Abu Samah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Identiti wanita dibunuh, dibakar dikenal pasti

Suri rumah didakwa jalankan khidmat rawatan venir pergigian tanpa lesen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading