Motosikal pelajar perempuan tersangkut atas bumbung rumah

 

Oleh Pena Merah

Motosikal pelajar perempuan tersangkut atas bumbung rumah
Motor yang dinaiki tiga pelajar tersangkut di sebuah rumah penduduk – TVONENEWS

Sebuah motosikal  yang ditunggang  oleh dua pelajar sekolah menengah  tersangkut pada bumbung rumah penduduk di Kampung Cikuya, Tasikmalaya, lapor saluran television TVOneNews semalam.

Kemalangan itu dianggap satu kejadian luar biasa kerana kedua-dua mangsa melanggar bumbung rumah.



Menurut pegawai polis tempatan, motosikal itu dinaiki oleh tiga orang dan kesemua mereka merupakan pelajar sekolah rendah.

Menurut salah seorang saksi kejadian, motosikal tersebut mengalami kerosakan brek.

Kenderaan itu terbabas lalu ‘terbang’ dan melanggar atap genting rumah seorang  penduduk kampung  semasa menuruni jalan curam serta berliku.

“Jadi pada awal kejadian, mangsa bersama rakannya bertolak dari Kampung Sukajadi, Kampung Cintabodas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah motosikal bersama tiga individu,” katanya.



“Menurut rakannya yang berada di belakang mangsa, motosikal yang dipandu mangsa hilang kawalan dari atas kerana brek motosikal gagal,” kata Ketua Polis Bantarkalong, AKP Mugiono.AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button