Sekolah diseru melanggan akhbar utama berbahasa Melayu

 

Oleh Pena Merah

Sekolah diseru melanggan akhbar utama berbahasa Melayu
Seorang pekerja kedai serbaneka Petronas menyusun akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia yang dijual setiap hari di kedai itu.

Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

KPM dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut sebagai usaha untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.



“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada.

“KPM percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid,” katanya di sini hari ini. – Kosmo Online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading