Harga juadah di bazar Ramadan Perlis meningkat

 

Oleh Pena Merah

Harga juadah di bazar Ramadan Perlis meningkat
Norazah (dua dari kiri) meninjau menu makanan yang dipaparkan oleh peniaga di Bazar Ramadan Rahmah Madani Arau, semalam.

Harga juadah yang dijual di bazar Ramadan di negeri ini didapati meningkat antara dua hingga 20 peratus, namun pada kadar tidak begitu ketara dan membebankan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaapar berkata, kenaikan itu hasil pemerhatian dilakukan terhadap beberapa bazar Ramadan sekitar Bintong, Kuala Perlis dan Arau.



Beliau berkata, antara jenis makanan yang menunjukkan kenaikan harga seperti martabak, ayam golek dan roti john.

“Kenaikan harga dipengaruhi oleh peningkatan harga barangan mentah dan menyebabkan peniaga terpaksa juga menaikkan sedikit harga.

“Bagaimanapun, kita juga mendapati masih ramai peniaga yang menawarkan harga berpatutan dan di sinilah pengguna perlu bijak memilih bersesuaian dengan kemampuan mereka,” katanya ketika ditemui pada Ops Pantau 2024 di Bazar Ramadan Rahmah Madani, di sini semalam.

Ops Pantau 2024 merangkumi aspek penguatkuasaan oleh KPDN yang memberi penumpuan di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar-pasar awam dan aktiviti jualan dalam talian.



Kata beliau, menerusi Ops Pantau, pihaknya memberi penekanan terhadap penandaan tanda harga dan aktiviti yang mempunyai unsur-unsur pencatutan. – Kosmo Online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading