Ditemui meninggal dunia dalam hutan

Oleh – Syeikh Baran


Ditemui meninggal dunia dalam hutan
Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam hutan di Kampung Binunuk petang semalam selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu. – Foto IHSAN BOMBA

Selapas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu, seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam hutan di Kampung Binunuk, pukul 2.52 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kamariah Sungkim, 74, ditemukan kira-kira 1.7 kilometer dari bahagian belakang rumahnya sehari selepas mangsa disedari hilang.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan mangsa pada pukul 10 pagi semalam daripada pihak polis.

“Operasi dijalankan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu oleh penduduk kampung lain di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button