Pengampunan Najib : Malaysian Bar cabar kuasa Agong?

Oleh – Bakhtiar Omar


Pengampunan Najib : Malaysian Bar cabar kuasa Agong?

 



Badan Peguam-Malaysian Bar, akan memfailkan semakan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan bagi kes Najib Razak. Ini menimbulkan spekulasi Malaysian Bar cuba untuk mencabar kuasa KYDMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Presiden Badan Peguam, Ezri Abdul Wahab menyatakan mereka (Malaysian Bar) hanya mengisi semakan kehakiman di Lembaga Pengampunan dan bukannya keputusan yang dibuat oleh Agong.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi mencabar Badan Peguam untuk mejawap penghakiman Datuk Abdul Rahman Sebli Hakim Besar Sabah-Sarawak dalam kes Najib. Menerusi penulisan di facebooknya, Puad juga menyatakan Badan Peguam berat sebelah kerana berdiam diri apabila Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng.



Jika di teliti, pengampunan Anwar juga pernah dicabar oleh seorang Peguam namun ia ditolak oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel Hakim dalam kes mencabar keputusan Lembaga Pengampunan.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Has Zanah Mehat membenarkan rayuan itu, dengan berpendapat Khairul tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan tindakan pengampunan Agong dan nasihat yang diterimanya ketika mengampuni Anwar.

Has Zanah berkata saman Khairul “jelas tidak dapat dipertahankan” kerana ia tidak mendedahkan punca tindakan yang sewajarnya.

Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan peguam bela Anwar dan lembaga pengarah bahawa kuasa pengampunan adalah tidak boleh diadili dan Khairul tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkan tindakan itu. – Gagal cabar Keputusan Lembaga Pengampunan-Laporan 10/1/2023



Badan Peguam perlu menilai kembali hujah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Najib Razak.

Sehubungan itu beliau berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan.

Rujukan – Najib Wajar Dilepaskan dan Dibebaskan – Hakim Abdul Rahman

Walaupun Badan Peguam hanya mahu membuat semakan ia seolah mencabar keputusan yang dibuat Agong menerusi Lembaga Pengampunan.



Pengampunan Najib : Malaysian Bar cabar kuasa Agong?

Malah, Badan Peguam juga membuat andaian yang tidak disahkan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan. Bagaimana Malaysian Bar boleh mengeluarkan kenyataan mereka mendengar ketidakpuasan hati lantas terus mahu membuat semakan Kehakiman?

Mengapa kes Najib sahaja yang menjadi tumpuan mereka dan kes lain tidak langsung diendahkan? Adakah kerana ada ‘pakatan’ tertentu yang mengawal Badan Peguam dalam diam dan akan bersuara bagi kes-kes terpilih?

“Setakat yang kami tahu, mereka yang mendengar keputusan yang dibuat oleh lembaga itu tidak berpuas hati (dengannya).



“Jadi, semakan kehakiman adalah untuk memastikan perkara yang betul yang sepatutnya berlaku,” kata Ezri yang merupakan bekas presiden Badan Peguam. – Laporan 16/3/2024

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button