Bella nafi jadi dalang kes Aliff Aziz & Ruhainies

 

Oleh Pena Merah

Bella nafi jadi dalang kes Aliff Aziz & Ruhainies
BELLA menafikan menjadi dalang melaporkan aktiviti Aliff dan Ruhainies sehingga dua pelakon itu ditangkap khalwat 9 Mac lalu.

Didakwa sudah lama membuat perancangan menangkap suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu, pelakon Bella Astillah tampil menafikan tuduhan tersebut.

Malah Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, mengakui terkejut dan terkedu sebaik mendapat maklumat mengenai tangkapan dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu.

“Semua tahu saya baik dengan pelakon perempuan itu (Ruhainies).

“Dah kenapa pula saya merancang untuk menangkap mereka?

“Saya sendiri terkejut dengan kejadian yang berlaku (ditangkap khalwat) itu,” katanya dalam sebuah program hiburan, semalam.

Tidak berkudis dengan fitnah dihambur segelintir individu, ibu kepada dua cahaya mata itu memilih reda berdepan ujian selain dalam proses untuk melupakan insiden pahit dilalui.

“Dalam keadaan sekarang ini, tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi.

“Sekarang ini saya fokus untuk ‘move on’ saja,” ujarnya tersenyum.

Pada masa sama, Bella turut mendedahkan dirinya pernah dihubungi seorang individu yang ingin memberikan maklumat berkenaan Aliff.

“Ada orang hubungi saya dan mahu bagi maklumat sikit, saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia.

“Sebenarnya dia dah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” dedah Bella.

Namun, pelakon dan penyanyi terbabit tidak mendedahkan butiran perjumpaan dengan pihak berkenaan.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur yang membawa kepada proses perceraian. – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker